Search This Blog

Friday, October 12, 2012

Hukuman Ahli Parlimen kekal

Kosmo! Online - Negara:


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya, Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula semalam.
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd. Bukhari manakala Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment