Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Hilang isteri, tiga anak sekelip mata

Berita Harian | Hilang isteri, tiga anak sekelip mata:


pix_gal0

Chukai: Peniaga kuih, Narizan Othman, 49, sudah lali melalui pelbagai kisah sedih lantaran kehidupan yang serba kekurangan, namun kehilangan empat ahli keluarga sekali gus dalam kemalangan semalam, satu dugaan paling perit untuk diterimanya. 

“Saya tidak sangka dalam sekelip mata saya akan kehilangan isteri dan tiga anak sekali gus. Mereka saja harta yang saya ada. Hanya Allah yang tahu kesedihan yang saya tanggung untuk menerima dugaan ini, namun saya reda,” katanya yang tidak berhenti menangis ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman di sini, semalam.

Pitam lihat jenazah 
Narizan pitam hingga terpaksa dipapah rakan sebaik melihat jenazah isteri, Noran Ali, 39, dan tiga anaknya, Nursyazleen, 12; Nursyardieena Afzan, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4, yang maut selepas terbabit kemalangan di Meraga Beris, di sini, jam 4.30 pagi semalam. 



Dalam kejadian itu, dua lagi anak Narizan, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, cedera parah di kepala serta badan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang. 

Tragedi malang itu turut menyebabkan adik angkat Noran, Khairudi Omar, 31, dari Kampung Gong Pauh dan Wan Alpisar Wan Abdul Kadir, 43, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai peniaga ayam dari Bukit Mentok maut di tempat kejadian. 

Narizan berkata, pada malam sebelum kejadian, arwah isterinya memberitahu mahu membawa beberapa anak mereka ke rumah anak sulung mereka di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. 

“Selepas itu, saya terus ke Kerteh untuk menyelesaikan beberapa urusan. Namun, sebaik pulang ke rumah pada jam 10 malam, saya dapati rumah kosong dan sunyi. 
“Dalam pada itu, hati saya gelisah seperti ada sesuatu berlaku lalu dan beberapa kali cuba menghubungi telefon anak dan isteri tetapi gagal. 

“Bagaimanapun, saya terlelap di ruang tamu rumah, sebelum dikejutkan dengan bunyi deringan telefon. Hancur hati apabila diberitahu isteri dan anak saya meninggal dalam kemalangan jam 5 pagi,” katanya.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment