Search This Blog

Sunday, October 14, 2012

Harry bangga galas tugas berat di Afghanistan

myMetro | Harry bangga galas tugas berat di Afghanistan:


KABUL: Putera Harry beraksi seperti “juruterbang perang dunia kedua” selepas berhempas-pulas menyelamatkan nyawa askar Britain yang cedera di Afghanistan.
Anggota diraja itu menggalas tanggungjawab berat memerangi Taliban ketika dia menerbangkan helikopter penyerang Apache dalam misi menyelamat kecemasan.

Harry, 28, yang dikenali sebagai Kapten Wales di kalangan anggota tentera berperanan melindungi helikopter dilengkapi senjata ringan Chinook ketika kedua-duanya mendarat untuk menyelamatkan askar yang tercedera. Harry adalah sebahagian empat anggota yang diletakkan di bawah kawalan berjaga-jaga selama 24 jam sehari untuk misi menyelamat dan memusnahkan sasaran musuh. Satu sumber ketenteraan berkata: “Dia mungkin duduk di dek helikopter untuk berjam-jam lamanya sebelum menyerang.
“Ketika di udara peranannya dipelbagai. Ini bukan permainan dan Harry berada di barisan depan dalam perang yang menakutkan.” Harry yang berada di medan tempur sejak sebulan lalu dikatakan cukup berbangga dapat memikul tanggungjawab diberikan kepadanya itu.

Harry diletakkan di pangkalan Kem Bastion, di mana dia berkhidmat dengan skuadron 662, Regimen 3 Tentera Udara. Risiko dihadapi Harry menjadi isu utama dibincangkan bulan lalu apabila Taliban melancarkan serangan roket ke arah Kem Bastion dan membunuh dua anggota tentera laut AS. - Agensi

No comments:

Post a Comment