Search This Blog

Friday, October 19, 2012

Hakim ditahan gara-gara pesta dadah



JAKARTA 17 Okt. - Gara-gara terlalu seronok berpesta dadah di sebuah pusat karaoke, seorang hakim mahkamah daerah di Indonesia ditangkap Badan Narkotik Nasional (BNN) kerana terbabit dengan dadah.
Ketika ditahan pada Selasa lalu dia turut memiliki sejumlah pil ecstacy dan sebuah alat menghisap dadah.
Pegawai penguatkuasa BNN turut merampas dadah jenis syabu daripada hakim tersebut.
Media tempatan melaporkan, hakim itu membuat pengakuan kepada pihak berkuasa bahawa dia membelanjakan sebanyak Rupiah 11 juta (RM3,500) untuk membeli dadah dan menganjurkan pesta dadah itu.
Sebelum ditangkap, BNN dilaporkan telah lama mengenal pasti dan menyiasat hakim itu selepas mendapat maklumat mengenai penglibatannya dalam kegiatan dadah.
Pihak berkuasa juga menahan dua rakannya serta empat wanita yang menemani mereka dalam pesta berkenaan.
Hakim berkenaan sebelum ini juga pernah dilaporkan terlibat dalam kes gangguan terhadap wanita. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121018/lu_04/Hakim-ditahan-gara-gara-pesta-dadah#ixzz29jEV7Jeq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment