Search This Blog

Saturday, October 13, 2012

Gudang minyak pelincir musnah dimamah api

myMetro | Gudang minyak pelincir musnah dimamah api:

BUTTERWORTH: “Saya terkejut terdengar beberapa letupan kuat dari arah gudang itu sebelum api marak,” kata saksi dikenali sebagai Lim mengenai kebakaran di sebuah gudang penyimpanan minyak pelincir kenderaan di Jalan Chain Ferry, di sini, semalam.
Dia yang bekerja di sebuah kedai berhampiran tempat kejadian berkata, api menjulang tinggi dan asap hitam menyelubungi kawasan berkenaan.

Menurutnya, bau minyak juga kuat dan hampir membuatkannya sukar bernafas hingga terpaksa membasahkan kain bagi menutup mulut dan hidung.
“Nasib baik bomba cepat tiba dan mengawal kebakaran, sekali gus menghalang api daripada merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Kejadian jam 4.30 petang itu menyebabkan pekerja gudang berkenaan lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kebakaran pada jam 4.34 petang.

Menurutnya, tujuh jentera bersama 47 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Perai dan Kepala Batas bergegas ke tempat kejadian dibantu empat jentera bomba sukarela.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment