Search This Blog

Sunday, October 14, 2012

Gagal kawal rempuh papan tanda, pokok

Berita Harian | Gagal kawal rempuh papan tanda, pokok:

Keadaan kereta dipandu Khairul Amilin   remuk selepas merempuh papan tanda di Jalan Sultan Azlan Shah, di  Ipoh, semalam.Keadaan kereta dipandu Khairul Amilin remuk selepas merempuh papan tanda di Jalan Sultan Azlan Shah, di Ipoh, semalam.
Ipoh: Dua terbunuh apabila kereta dinaiki terbabas dan masing-masing merempuh tiang papan tanda serta pokok dalam dua kejadian berasingan di sini semalam. 

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Khairul Amilin Abd Rashid, 28, dari Persiaran Wira Jaya 32, di sini, maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh tiang papan tanda di Jalan Sultan Azlan, di sini.
Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar, ketika dihubungi berkata, mangsa parah di beberapa anggota badan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan. 

“Pemandu itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan sekitar jam 2.30 pagi. 

“Siasatan awal polis mendapati mangsa memandu laju sebelum kereta dipandunya itu hilang kawalan serta merempuh tiang papan tanda di laluan berkenaan. 

“Rempuhan yang kuat menyebabkan kenderaan mangsa ‘melekat’ pada tiang papan tanda terbabit” katanya. 

Dalam kemalangan berasingan jam 2 pagi, seorang pemandu pacuan empat roda Honda CRV turut maut selepas keretanya terbabas serta merempuh pokok di Jalan Falim-Ipoh. 
Wan Sharuddin berkata, mangsa yang dikenali sebagai P Gobi, 32, dari Desa Permata, Chemor, di sini, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. 

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa berkenaan dituntut keluarga masing-masing, petang semalam.

No comments:

Post a Comment