Search This Blog

Saturday, October 13, 2012

Dua anak parah beri tindak balas positif

myMetro | Dua anak parah beri tindak balas positif:

KUANTAN: “Hanya doa menjadi senjata saya sekarang. Tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali mengharapkan Allah Taala menyembuhkan kedua-dua anak saya,” kata Narizan Othman, 49, ketika ditanya mengenai keadaan terkini dua anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, apabila kereta Perodua Viva yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, yang mengorbankan enam individu, dua hari lalu.
Dalam kejadian itu, Narizan kehilangan isteri, Noran Ali, 39, dan tiga anaknya iaitu Nursyazleen, 12, Nur Syardiena, sembilan tahun dan Nurkhairatul Najiha, empat tahun.

Dua lagi yang maut ialah pemandu kereta, Khairudi Omar, 31, dan seorang lagi penumpang, Wan Aspisar Wan Abd. Kadir, 43.
“Nursakinah dan Nursyafura sudah memberikan tindak balas positif dan sudah sedarkan diri. Cuma hari ini (semalam), Nursakinah diberikan ubat tidur oleh doktor. Kedua-duanya masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Narizan yang mengharapkan pendapatan selaku penjual kuih itu juga merayu supaya orang ramai tampil menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos perubatan kedua-dua anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Saya dan keluarga akan terus berdoa supaya Nursakinah dan Nursyafura cepat sembuh dan dalam masa sama saya mengharapkan ada pihak yang akan tampil untuk memberikan sumbangan,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap bahagian ICU HTAA ketika dihubungi berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan Nursakinah dan Nursyafura.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment