Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Didakwa tipu babit RM2.8j

myMetro | Didakwa tipu babit RM2.8j:


IPOH: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap satu tuduhan menipu majikannya dengan mengemukakan identiti palsu serta tiga tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan barangan milik majikan berlainan berjumlah RM2.8 juta.


Tertuduh, V Damodran Premkumar, 34, dari Ulu Kinta, di sini, didakwa terhadap tiga tuduhan pecah amanah ketika berkhidmat sebagai pemandu lori di tiga syarikat berlainan sejak lima tahun lalu.



Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melarikan mesin bernilai RM2,705,500 milik syarikat New Sign Logistics Sdn Bhd yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan di Kawasan Perusahaan IGB di sini, pada 12 Ogos 2010.




Selain itu, dia didakwa melakukan pecah amanah apabila tidak menghantar barangan pembinaan dan sebuah lori bernilai RM61,424.40 milik Syarikat Choo Bee Hardware kepada pelanggan pada 29 Jun 2009.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment