Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Budak meraung takut

myMetro CHUKAI: “Saya tengok budak perempuan yang duduk di tempat duduk belakang kereta itu meraung ketakutan selepas mendapati semua penumpang lain tidak sedarkan diri,” kata saksi kemalangan ngeri, Khalid Mamat, 62.

Khalid yang juga pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kijal, dekat sini, adalah saksi pertama yang tiba di lokasi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, jam 4.30 pagi semalam.



Menurutnya, kemalangan itu berlaku di hadapan sekolah tempat dia bertugas dan ketika kejadian, dia bersama rakan, Mohd Zulkarnain Mohamad, 23, melakukan rondaan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.




“Saya terdengar bunyi brek disusuli dentuman kuat lalu menjenguk ke luar pagar sekolah dan mendapati sebuah kereta Perodua Viva putih melekat di bahagian depan bas ekspres,” katanya.



Khalid berkata, dia dan Mohd Zulkarnain berlari ke tempat kejadian kira-kira 10 meter di hadapan sekolah berkenaan dan ketika itu terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong dan penumpang depan kenderaan itu mengadu sakit dalam keadaan suara yang lemah.




“Kami berjaya mengeluarkan wanita yang meraung itu dan meletakkannya di tepi jalan sebelum saya bergegas ke sekolah untuk mengambil lampu suluh kerana tidak tahu jumlah sebenar mangsa. Kawasan itu gelap kerana lampu jalan agak jauh,” katanya.| Budak meraung takut:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment