Search This Blog

Friday, October 12, 2012

Bekas jururawat dan anak maut kemalangan

Bekas jururawat dan anak maut kemalangan - Semasa - Sinar Harian:


KOTA BHARU - Dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan jenis pacuan empat roda di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Stesen Minyak Esso Kok Lanas, di sini petang, semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, pesara jururawat, Siti Zabidah Awang, 60, dan anaknya, Aiedel Idham Abdullah, 20, maut serta-merta di lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kedua-dua mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah akibat akibat pertembungan tersebut.
“Siti Zabidah ketika itu memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
“Mangsa sebelum ini mengambil anaknya, Aiedel Idham yang menuntut di Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurutnya, pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang memandu dari arah Machang tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dalam kemalangan itu, kereta yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda berkenaan.
“Polis bagaimanapun, masih menyiasat punca kemalangan dan memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.
Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mereka.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment