Search This Blog

Sunday, October 14, 2012

Atap berpusing 10 meter

myMetro | Atap berpusing 10 meter:


SEREMBAN: “Saya terkejut apabila melihat bumbung stor itu diterbangkan ribut dan berpusing-pusing di udara setinggi kira-kira 10 meter sebelum terhempas di satu kawasan lapang.
“Nasib baik ketika kejadian, tiada sesiapa di situ. Jika tidak, mungkin ada mangsa parah,” kata Azhar Abdul Aziz, 47, dari Kampung Ujong Pasir Ampangan, mengenai kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku antara jam tiga hingga empat petang itu, kira-kira 20 rumah di Kampung Ujong Pasir dan Taman Lavender Height Senawang, rosak.
Kejadian itu turut menyebabkan kawasan berhampiran terjejas seperti Taman Lavender Height apabila rumah penduduk rosak selepas atap rumah mereka diterbangkan.

Beberapa laluan juga terpaksa ditutup ekoran pokok tumbang sehingga menghalang laluan keluar masuk penduduk.

Azhar berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di sebuah bengkel besi yang terletak berhampiran kampung itu, sebelum melihat satu bumbung di sebuah stor berhampiran diterbangkan angin.
Katanya, hujan lebat disusuli ribut petir sebelum dia mendengar bunyi bising di sebuah stor menyimpan barangan besi kira-kira 100 meter dari lokasi dia bekerja.

“Angin begitu kencang hingga mengeluarkan bunyi dan keadaan jadi gelap kerana hujan lebat, bagaimanapun saya dapat melihat bumbung di stor itu melayang dan berpusing-pusing di udara, manakala beberapa rumah turut rosak,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ujong Pasir, Mokhtar Yunus, berkata tiga buah rumah penduduk di kampung itu mengalami kerosakan selepas atap rumah diterbangkan angin kencang.

“Hujan lebat disusuli angin kencang menyebabkan sebahagian rumah penduduk rosak, bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian ini tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya Seorang penduduk, Siti Ainon Basiran berkata, beberapa peralatan rumahnya rosak terkena air hujan selepas beberapa keping atap diterbangkan angin kencang.

No comments:

Post a Comment