Search This Blog

Friday, October 12, 2012

2 rakyat Bangladesh cuba seludup lelaki Ethopia dalam trak dingin beku

myMetro | 2 rakyat Bangladesh cuba seludup lelaki Ethopia dalam trak dingin beku: "MANAMA: Polis di Arab Saudi, menahan dua rakyat Bangladesh kerana mencuba menyeludup seorang lelaki Habsyah di dalam trak dingin beku.

Pemandu dan rakannya, kedua-duanya pekerja di restoran terkemuka di Taif, barat Arab Saudi, menarik perhatian polis apabila berhenti kira-kira 100 meter sebelum tempat pemeriksaan dan mematikan lampu kenderaan, lapor laman berita Arab, Sabq.
Walau bagaimanapun, usaha mereka untuk mengelak dari polis dan melarikan diri gagal dan trak itu ditahan.

Ketika polis memeriksa trak itu, mereka menemui lelaki Habsyah itu bersembunyi di antara rak menyimpan ayam beku.


Ketika disoal siasat, pemandu dan rakannya berkata, mereka bersetuju membawa lelaki warga Habsyah itu ke restoran di mana dia akan diambil sebagai pekerja. - Saudi Gazette"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment