Search This Blog

Friday, October 12, 2012

2 lagi ditahan kes bunuh peniaga tayar

myMetro | 2 lagi ditahan kes bunuh peniaga tayar:

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lagi lelaki dan wanita untuk membantu siasatan berhubung kes peniaga tayar yang mati dibunuh bersama teman wanitanya di Taman Segar Perdana, Kajang, 13 September lalu, bagi membantu siasatan.
Kedua-dua mereka yang berusia 20 dan 48 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang, kelmarin, di sebuah rumah di Triang, Pahang dan kini direman untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis turut merampas parang, dua gari, dua keping tiket berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM), jaket dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek.
Menurutnya, penahanan suspek dibuat bagi membantu polis menjalankan siasatan tambahan.

Beliau berkata, reman terhadap isteri mangsa dilanjutkan hingga esok.

Mohd Adnan berkata, polis kini mengesan empat lagi individu iaitu Koh Kim Hen, 35, beralamat di No 1170, Taman Tangkak Jaya, Johor; We Choon Ann (Franco@Ann), 40, beralamat di B1-1 East Residence Condo, Seri Kembangan, Selangor; Tan Tiam Teng (Orang Tua), 47, beralamat di No 28, Jalan Tukang Besi, Melaka dan Noor Ismail, 48, beralamat di No 9, Jalan Kancil 30, Taman Scientek Pasir Gudang, Johor bagi membantu siasatan kes terbabit.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment