Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

Warga emas patah pinggul diterkam babi hutan



SINGAPURA: Kerana tertarik dengan beg berisi makanan yang dibawa, seekor babi hutan meluru ke arah wanita berusia 64 tahun, menyebabkan pinggul wanita itu patah.
Kecederaan itu menyebabkan mangsa terpaksa dibedah di Hospital Universiti Nasional (NUH) pagi semalam.
Lin Hui Juan, penduduk di Bukit Panjang, mengikuti lawatan setengah hari di Chek Jawa di Pulau Ubin yang dianjurkan oleh jawatankuasa penduduk pagi Ahad lalu apabila kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi.Mangsa antara 40 yang mengikuti lawatan itu, turut diberikan sebuah beg merah kitar semula yang mengandungi makanan dan air.
Selepas lawatan di Chek Jawa, kumpulan itu cuba berunding harga tiket dengan pemandu bas untuk membawa mereka kembali ke jeti.Seekor babi hutan betina dengan dua ekor anak muncul dan tidak kelihatan takut dengan manusia. Kumpulan itu mengambil gambar haiwan berkenaan dan memberi mereka makan. Waktu itu, Lin membawa beg merahnya di tangan kanan. Tiba-tiba babi betina itu meluru ke arahnya dari belakang menyebabkan mangsa terjatuh.Seorang anggota rombongan berkata, Lin tidak sedar haiwan itu mendekatinya kerana dia sedang berbincang dengan pemandu bas. - The New Paper

No comments:

Post a Comment