Search This Blog

Wednesday, September 5, 2012

Ugut enggan kerjasama




         
PETALING JAYA: Berang selepas rakannya enggan meneruskan kerjasama dalam perniagaan menyebabkan seorang lelaki memaki-hamun selain mengugut mahu membunuh ahli keluarga bekas rakan kongsinya itu dalam kejadian Ahad lalu.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi ketika mangsa berusia 50 tahun berada dalam kedainya didatangi suspek yang memarahinya dan menghamburkan kata-kata kesat selepas dia enggan menjadi rakan kongsi lelaki itu lagi.


Menurut sumber, selepas puas memaki-hamun mangsa, suspek beredar dari situ dan pada mulanya dia menyangkakan perkara terbabit sudah selesai.

“Bagaimanapun, suspek datang semula ke kedainya tidak lama kemudian dengan membawa sebatang kayu dan cuba menyerangnya,” katanya.


Sumber berkata, mangsa sempat mengelak dan meminta suspek supaya bertenang. Suspek bagaimanapun enggan dan memaksa mangsa menerimanya semula sebagai rakan kongsi.


“Malah, jika dia enggan, suspek mengugut membunuh ahli keluarganya jika permintaannya itu tidak diikuti,” katanya.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara untuk tindakan selanjutnya selepas bimbang kejadian sama berulang.

No comments:

Post a Comment