Search This Blog

Tuesday, September 4, 2012

Ugut bunuh jurulatih



       
KUALA TERENGGANU: Amaran termasuk diugut bunuh oleh penyokong bola sepak Terengganu diterima jurulatih pasukan itu, Peter James Butler, berikutan tindakannya yang didakwa ‘memfitnah’ beberapa pemain skuad itu.

Amaran berbentuk kata-kata kesat kepada jurulatih berusia 46 tahun itu dilakukan sekumpulan penyokong ketika dia dalam perjalanan pulang ke tempat penginapannya di Riyaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, di sini, sebaik selesai perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia, Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.
Sumber berkata, sebelum kejadian di Jambatan Sultan Mahmud itu, di sini, Butler yang menjadikan basikal sebagai kenderaan utama berulang-alik menjalankan tugas sebagai jurulatih dikecam penyokong setia Terengganu.

Bagaimanapun, tindakan penyokong terbabit dikatakan tidak berlarutan apabila jurulatih itu bersikap bersahaja dan mendakwa melakukan tindakan itu kerana dia mengenali perangai dan disiplin setiap pemainnya.


Perasaan tidak puas hati penyokong terbabit tidak berakhir di pekarangan stadium apabila Butler mendakwa diekori kereta dinaiki sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Terengganu yang menghampirinya sebaik tiba di Jambatan Sultan Mahmud.

No comments:

Post a Comment