Search This Blog

Saturday, September 29, 2012

Taufan Jelawat landa tanah besar Jepun



TOKYO: Taufan Jelawat kini bergerak ke arah tanah besar Jepun hari ini selepas ia bertiup di selatan Pulau Okinawa dengan deruan kuat sehingga menerbangkan kenderaan.

Angin sehingga 234 kilometer sejam itu sudah mencederakan sekurang-kurangnya 51 orang di Okinawa termasuk seorang lelaki terputus jari apabila pintu rumahnya tiba-tiba tertutup akibat angin kencang. Ketua Polis Wilayah Okinawa berkata, sekurang-kurangnya enam kecederaan dilaporkan pada pagi ini dan jumlah kecederaan mungkin meningkat kepada 20 orang. - AFP

No comments:

Post a Comment