Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

Sorok dadah RM2j dalam beg komputer



 
Johor Bahru: Kastam Johor menahan dua warga asing yang cuba menyeludup dadah bernilai RM2.09 juta menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar di sini.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari, berkata dua suspek itu ditahan secara berasingan pada 8 September dan Rabu lalu oleh Kastam Unit Pemeriksaan Penumpang Pejalan Kaki. Kes pertama
Dalam kes pertama, suspek lelaki warga Afrika Selatan ditahan pada jam 12.20 tengah hari selepas imbasan ke atas bagasinya menunjukkan imej mencurigakan dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dua plastik lut sinar mengandungi bungkusan hitam disorok dalam beg komputer dalam bagasi itu.

“Bungkusan kertas hitam itu mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis Metamphetamine dengan anggaran berat kasar enam kilogram (kg) yang ditaksir bernilai RM1.14 juta,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Katanya penangkapan lelaki berusia 41 tahun itu adalah yang pertama di KIK berkenaan sejak ia beroperasi pada Disember 2008.

Tangkapan kedua
Tangkapan kedua membabitkan wanita berusia 24 tahun pada jam 2.15 petang, Rabu lalu lalu selepas Kastam Unit Pemeriksaan Penumpang Pejalan Kaki mengesan suatu objek mencurigakan dalam ruangan rahsia bagasinya.

Pemeriksaan lanjut menemui bungkusan berwarna coklat yang mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah metamphetamine seberat 5kg yang ditaksir bernilai RM950,000.

Bagaimanapun Ramli menolak kaitan antara kedua-dua kes.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment