Search This Blog

Saturday, September 15, 2012

Seorang maut, 7 cedera dalam cubaan merompak




         
MANILA: Seorang maut dan tujuh lagi cedera apabila bom meletup disusuli dengan tembak menembak di sebuah pusat beli-belah, semalam.

Letupan dan tembak menembak itu dipercayai sebahagian daripada cubaan merompak trak berperisai yang menghantar wang tunai ke pusat beli-belah Alabang Town Centre di luar Manila.
Pegawai polis Alabang, Ernesto Arroyo berkata, lelaki bersenjata melempar sebutir bom tangan dan meletup di hadapan sebuah bank menyebabkan lima pelanggan bank itu cedera. Mereka kemudian melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan bank.

Dalam kejadian tembak menembak itu, seorang lelaki bersenjata terbunuh dan dua pengawal keselamatan cedera sebelum seorang lagi penembak melarikan diri.


Menurut kenyataan polis. beberapa jam selepas kejadian itu Ketua Polis Alabang, Superintendan Kanan, Ramilo Bausa, dipecat.


Tentera Filipina cuba memerangi pengganas komunis dan pemberontak Islam tetapi senjata api seperti bom tangan dan raifal sering jatuh ke tangan pemberontak dan penjenayah biasa.

Awal bulan ini, gerila komunis melemparkan bom tangan ke arah anggota tentera yang mengawal pesta di kampung yang terletak di selatan Filipina, tetapi bom itu meletup di tengah-tengah orang ramai, menyebabkan 40 tercedera.

Mac lalu, seorang pengawal keselamatan terbunuh dan lima cedera apabila lelaki bersenjata menggunakan bom tangan dan senjata api merompak kedai pengurup wang sebuah pusat beli-belah yang terletak di kawasan mewah. - MT

No comments:

Post a Comment