Search This Blog

Tuesday, September 4, 2012

Seludup anak dalam kotak




         
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam menggagalkan satu percubaan menyeludup seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam kotak menyeberang sempadan negara itu.

Kotak itu diletakkan dekat dengan beg pakaian dan bagasi lain d belakang kenderaan yang meninggalkan negara itu untuk ke negara jiran, dipercayai Jordan, lapor laman berita tempatan, Sabq. Bapa kanak-kanak itu, penduduk warga asing berkata, kanak-kanak terbabit dilahirkan di Arab Saudi oleh ibunya, rakyat Indonesia yang tinggal secara haram di negara itu sebelum dia dihantar pulang. Ibu bapa kanak-kanak itu tidak pernah mendapatkan dokumen kelahiran untuknya dan bapanya berkata, satu-satunya pilihan untuk dia membawa anaknya keluar dari Arab Saudi ialah dengan menyeludupnya keluar menyeberangi sempadan negara itu. Ekoran itu, bapa kanak-kanak terbabit ditahan untuk disoal siasat.


Dalam komen mereka, pembaca laman berita berkenaan meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak itu dan berkata, dia menjadi mangsa kecuaian ibu bapanya dan undang-undang yang yang tegas. - Agensi

No comments:

Post a Comment