Search This Blog

Wednesday, September 26, 2012

Sebabkan kematian anak: Buruh dipenjara 20 tahun



25/09/2012 9:00pm

IPOH – Seorang buruh kasar dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian anak kandungnya, Rizaudin, 3, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani memerintahkan Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 6 November 2008.

Tertuduh melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia tiga tahun sembilan bulan semasa kejadian, di alamat No 345 Kampung Baru Sambungan, Kamunting daerah Larut Matang dekat sini antara 5 petang hingga 2 petang pada 1 dan 2 November 2008.

Dia didakwa mengikut pertuduhan pindaan iaitu Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian kira-kira 3 petang semasa berada di rumah, ibu mangsa melihat tertuduh mengangkat dan membaling mangsa ke dinding rumah berulang kali dengan kuat (lebih dari tiga kali).

Keesokannya, pada 12 tengah hari, tertuduh sekali lagi memukul mangsa menggunakan rotan selepas mangsa buang air besar dalam pakaiannya dan kemudiannya menghantar mangsa ke klinik.

Mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke Unit Kecemasan, Hospital Taiping dekat sini dan hasil bedah siasat mendapati banyak kesan kecederaan lama dan baharu pada muka, badan dan kaki mangsa. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment