NARATHIWAT: Polis menjumpai satu kilogram bom di dalam bakul buah di rumah peraih buah tempatan di Baan Bricha, daerah Ruesor semalam.
Kru Penyelamat Polis dan anggota tentera bergegas ke tempat kejadian selepas seorang penduduk tempatan memberi maklumat mengenai objek mencurigakan yang dipercayai sebutir bom.
Bom itu dipasang di dalam sebuah kotak besi dengan bahan peledak yang boleh diletup menggunakan telefon bimbit dan disembunyikan di dalam bakul buah.
Polis menyekat isyarat telefon di kawasan itu dan mematikan bom berkenaan. Ia mengambil masa 20 minit. - Bangkok Post
No comments:
Post a Comment