Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Polis tahan 3 ahli geng pecah rumah 'Man Toncit'



KUALA LUMPUR 20 Sept. - Polis menahan tiga ahli kumpulan penjenayah 'Man Toncit' yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Pantai Dalam di sini pada Isnin lalu.
Ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 27 tahun itu ditahan selepas siasatan mendapati mereka terlibat dalam kes pecah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam pada 3 September lalu.
Dalam kejadian itu, rumah seorang lelaki berusia 26 tahun yang bertugas sebagai pembantu kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dipecah masuk ketika dia dan ahli keluarganya sedang tidur.
Mangsa hanya menyedari jeriji pintu rumahnya dalam keadaan terbuka sementara empat unit telefon bimbitnya hilang sebaik sahaja bangun dari tidur kira-kira pukul 4 pagi lalu membuat laporan polis pada hari yang sama.

No comments:

Post a Comment