RAUB- Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung seorang lelaki yang ditemui mati di Jalan Teras-Raub pada 5 Sept lepas, dipercayai mangsa langgar lari, menghubungi Polis Raub atau balai polis terdekat.
  
Mangsa berusia lingkungan 50an itu ditemui mati oleh orang awam pada 10.50 malam di tepi jalan di hadapan sebuah tokong Cina berhampiran kilang Papan di jalan tersebut.
  
Menurut Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman, mangsa dipercayai berbangsa Melayu dan semasa kejadian memakai kemeja-T warna kelabu, seluar trek warna hitam paras lutut dan berselipar.
  
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa," katanya di sini hari ini.
  
Wan Mohd Samsudin berkata polis juga sedang mengesan waris mangsa.
  
Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat Trafik IPD Raub, Insp Anisah Abdullah di talian 013-9082698. - Bernama