Search This Blog

Saturday, September 15, 2012

Polis jumpa 600,000 pil syabu dalam trak pikap




         
CHIANG MAI: Polis menahan empat lelaki dari suku kaum yang tinggal di kawasan pergunungan dan merampas 600,000 pil methamphetamine (syabu) yang mempunyai nilai pasaran lebih 180 juta baht (RM18 juta), kata Ketua Polis Nasional Priewpan Damapong dalam sidang akhbar, semalam.

Polis turut merampas dua trak pikap dan empat telefon bimbit.
Suspek dikenali pasti sebagai Samran Saenluang, 47, Pongsapak Ruangkitsuwan, 41, Somyos Laomi, 42, dan Nopporn Panasirisomboon, 22, semuanya penduduk Chiang Mai.

Suspek berdepan dengan tuduhan menyimpan dadah haram.


Polis Chiang Mai bertindak selepas menerima maklumat. - BP

No comments:

Post a Comment