HANOI - Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung, kelmarin mengarahkan tindakan tegas dikenakan ke atas penulis blog yang memuat naik artikel mengkritik kerajaan.

Dalam satu kenyataan, beliau turut menamakan tiga laman blog yang didakwa menerbitkan artikel berunsur propaganda yang menentang kepimpinan kerajaan.

Tan Dung juga telah mengarahkan pihak berkuasa menyiasat laman blog terbabit untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan.

Difahamkan, Vietnam masih menyekat kebebasan bersuara di media dan kerajaan kini sedang berusaha untuk mengenal pasti pihak yang cuba untuk menyebarkan ideologi menentang kerajaan. -AFP