Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

Penjarah kubur curi artifak berharga




         
MANILA: Arkeologi Filipina semalam berkata, mereka menemui perkuburan batu berusia seribu tahun di hutan hujan tropika tetapi penjarah kubur telah mendahului mereka kira-kira sepuluh tahun dan mencuri artifak berharga.

Ketua Penggalian Arkeologi Muzium Nasional, Eusebio Dizon berkata, kubur itu adalah lubang berbentuk empat segi yang dikorek di dinding bukit batu kapur, satu cara perkuburan yang didokumenkan di dua kawasan timur Asia.
Dizon berkata, pegawai tempatan memaklumkan kawasan itu yang terletak di hutan, kira-kira 200 kilometer dari Manila kepada mereka tahun lalu.

“Tetapi penjarah kubur telah menemuinya dalam tahun 1960-an dan 1970-an dan sedikit pada 1980-an,” katanya.


Katanya, mereka mungkin telah mencuri barang besi atau barang lain untuk dijual dan meninggalkan rangka manusia kerana ia tidak berguna kepada mereka. - Manila Times

No comments:

Post a Comment