Search This Blog

Wednesday, September 26, 2012

Pengawal keselamatan ditetak dua perompak

Gambar   kejadian  samun bersenjata   di sebuah pasar raya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Gambar kejadian samun bersenjata di sebuah pasar
raya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
 
Kuala Lumpur: Dua penjenayah bukan hanya menetak kepala, malah mencencang jari tangan kiri seorang pengawal keselamatan ketika menyamun sebuah pasar raya di Bukit Jalil, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang juga seorang warga Nepal dikatakan cuba menahan kedua-dua penjenayah dari melarikan diri selepas merompak premis berkenaan. Hanya dapat RM1,000
Seorang daripada suspek mengacukan parang ke arah pengawal keselamatan itu tetapi berlaku pergelutan apabila mangsa melawan dengan cota”. - Azifa Noranim Kamsari, Saksi kejadian
Perompak itu hanya melarikan wang tunai RM1,000 serta beberapa telefon bimbit.

Saksi kejadian, Azifa Noranim Kamsari, 25, yang juga pengurus pasar raya itu, berkata hanya dua pekerja, termasuk dirinya bertugas pada malam kejadian, manakala mangsa sedang mengambil minuman di peti sejuk sebelum dua lelaki itu memasuki premis dan menyerangnya.

“Saya sedang melayan pelanggan di kaunter pembayaran, manakala rakan setugas berada di stor sebelum dua lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan parang tiba-tiba menerpa masuk ke dalam premis.

Pengawal diserang
“Seorang daripada suspek mengacukan parang ke arah pengawal keselamatan itu tetapi berlaku pergelutan apabila mangsa melawan dengan cota,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, rakan suspek yang berkawal di pintu masuk pasar raya itu kemudian menetak kepala pengawal keselamatan, menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mencincang jari tangan kirinya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis sudah mengenalpasti identiti kedua-dua suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari premis terbabit.

No comments:

Post a Comment