Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Penduduk diancam gajah liar



RAMLI Awang Kechik (kiri) dan Omar Md. Rejab melihat pokok pisang yang dimusnahkan oleh gajah liar di Kampung Rambong Padang Batu Tujuh Baling, baru-baru ini.
BALING 20 Sept. - Kira-kira 300 penduduk Kampung Rambong Padang, Batu Tujuh Jalan Pengkalan Hulu dekat sini hidup dalam ketakutan akibat ancaman gajah liar.
Lebih 30 penduduk pula terjejas pendapatan apabila tidak berani keluar menoreh getah sejak minggu lalu manakala pelbagai tanaman seperti pisang, kelapa dan pokok getah muda milik penduduk turut dimusnahkan oleh haiwan itu.
Penduduk mendakwa, sekurang-kurangnya 10 ekor gajah liar sering berkeliaran di kebun-kebun mereka manakala pada waktu tertentu, haiwan itu juga berada hanya kira-kira 50 meter dari rumah penduduk.
Seorang penduduk kampung itu, Omar Md. Rejab, 60, berkata, masalah tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana mereka bimbang dengan keselamatan masing-masing.

No comments:

Post a Comment