Search This Blog

Thursday, September 13, 2012

Pencuri motor maut ditembak polis




         
TANGERANG (Indonesia): Seorang daripada dua pencuri motosikal, ditembak mati oleh polis peronda di luar sebuah kafe internet di Jalan Cendrawasih, Sawah Baru, mukim Ciputat, Tangerang Selatan, semalam.

Ketua Unit Kecurian Kenderaan Polis Jakarta Selatan, Inspektor Pertama Budi Setyono yang mengetuai siasatan kes itu berkata, pegawai ronda terlihat dua lelaki cuba mencuri sebuah motosikal yang diletakkan di luar kafe internet.
Apabila mereka menghampiri dua lelaki itu, seorang daripada mereka mengeluarkan senjata dan menembak ke arah anggota polis.

Menurut Budi, tiada anggota polis yang cedera, tetapi individu yang melepaskan tembakan dalam tembak menembak itu, maut.


“Seorang lagi suspek berjaya melarikan diri ketika tembak menembak itu,” katanya.


Polis merampas senjata buatan sendiri dari suspek dan kunci berbentuk T yang dikatakan digunakan untuk mencuri motosikal kepunyaan pelanggan kafe internet. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment