Search This Blog

Saturday, September 29, 2012

Pemandu bas mengaku tidak bersalah rogol budak 13 tahun

KUANTAN 28 Sept. - Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang budak perempuan berusia 13 tahun pada Julai lalu.

Sauruddin Anuar Mohidin, 39, dari Endau, Rompin, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Bazilla, B 244, Jalan Bypass-Kuantan pada pukul 9 pagi, 27 Julai lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar kemudian menawarkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Mohd. Azhar membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin selepas tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan empat anaknya masih bersekolah, isteri tidak bekerja dan pendapatannya sebagai pemandu bas hanya RM1,000 sebulan.

Mohd. Azhar menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment