Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Pekerja landasan LRT mati tersepit

Pekerja landasan LRT mati tersepit:

Anggota bomba memberi rawatan kecemasan kepada Mohd. Hanif Abdullah yang cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik 1Malaysia akibat tersepit di landasan LRT bersebelahan Stesen LRT PPR Kampung Muhibah, Jalan Klang Lama, semalam.
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Kerja-kerja pembinaan landasan LRT baru dari Seri Petaling ke Shah Alam terpaksa ditangguhkan hari ini setelah seorang pekerjanya maut akibat tersepit di landasan bersebelahan Stesen LRT Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibah, Jalan Klang Lama di sini.
Mangsa, Mohd. Hanif Abdullah, 23, berasal dari Kedah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya di Klinik 1Malaysia pada pukul 1.28 petang akibat mengalami cedera parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Azman Abu Jamal berkata, insiden cemas menimpa mangsa dilaporkan oleh rakan setugasnya pada pukul 12.08 tengah hari.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment