Search This Blog

Saturday, September 15, 2012

Pegawai penjara rampas dadah, telefon bimbit




         
BANGKOK: Pegawai Penjara Ubon Ratchathani merampas dadah dalam kuantiti besar dan telefon bimbit yang dilempar kepada banduan tetapi tidak sempat untuk mengambilnya.

Ketua Penjara Ubon Ratchathani, Chairoj Sinthuputthipong semalam berkata, pagar tambahan telah dibina untuk menghalang orang ramai melempar masuk barang-barang ke tingkat empat penjara itu, di mana banduan kesalahan dadah, ditempatkan.
Chairoj berkata, minggu lalu pegawai menjumpai 1,748 pil methamphetamine (syabu), 131.20 gram kristal methamphetamine (ais), 31 telefon bimbit dan 10 pengecas telefon dekat pagar penjara. Semua barang itu ditemui dalam beg plastik hitam.

Katanya, sekiranya banduan berjaya mengutip barang berkenaan, mereka akan menjual dengan harga tinggi kepada banduan lain di dalam penjara. Telefon bimbit dijual dengan harga 80,000 baht (RM7,900) dan satu pil syabu pada harga 600 (RM 60).


“Pegawai kini meronda kawasan penjara sepanjang masa, tetapi masih ada orang yang menyembunyikan barang dilarang termasuk makanan, pakaian dan buku untuk banduan,” katanya. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment