Search This Blog

Tuesday, September 4, 2012

Pasangan jual bayi ditahan




         
RIYADH: Polis Arab Saudi menahan sepasang rakyat asing kerana menjual bayi mereka yang baru dilahirkan dengan harga 3,000 riyal (RM 2,489).

Pasangan itu terdiri daripada warga Bangladesah (suami) dan Indonesia (isteri) memberitahu polis mereka menjual anak mereka tiga tahun lalu kepada sepasang rakyat Bangladesh yang tidak mempunyai anak, lapor laman berita tempatan, Sabq.


Pasangan Bangladesah itu turut ditahan.

Dalam pengakuan mereka, pasangan iu berkata, wanita Bangladesh terbabit menyamar sebagai ibu kandung bayi berkenaan di sebuah hospital di Laith, barat Saudi dan mendaftar bayi berkenaan mengikut namanya selepas keluar dari hospital.


Polis bertindak menahan pasangan Bangladesh yang tinggal di Laith itu selepas menerima laporan beberapa penduduk tempatan yang berkata, anak lelaki itu tidak menyerupai mereka.

No comments:

Post a Comment