Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Padah naik bumbung tukar atap bocor


Padah naik bumbung tukar atap bocor

         
KUALA TERENGGANU: Keberanian seorang warga emas berusia 80 tahun menaiki bumbung untuk menukar atap bocor membawa padah apabila nyaris terbunuh apabila tersalah langkah lalu terjatuh di beranda rumahnya di Kampung Tok Randuk, Ajil, Hulu Terengganu.

Dalam kejadian 12 September lalu, Abdul Hamid Awang, 80, yang terjatuh dari ketinggian 3.6 meter mengalami patah tangan kanan manakala tulang lehernya retak.


Anak mangsa, Hasnah Abdul Hamid, 38, ketika ditemui menemani bapanya di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam, berkata bapanya yang juga rabun memanjat seorang diri bumbung itu untuk menukar atap tanpa memakai cermin mata, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia dan suami, Wan Nazri Wan Nawi, 42, yang baru pulang dari pasar di pekan Ajil tidak menyedari bapanya memanjat bumbung sebelum terkejut terdengar benda terjatuh.


“Saya tinggal bersebelahan rumah ayah dan bunyi itu agak kuat hingga mendorong saya dan suami bergegas melihat apa yang berlaku.


“Sebaik sampai, saya dan suami terkejut melihat keadaan leher ayah terkulai sebelum bergegas menghantarnya ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan,” katanya.

Katanya, dia percaya bapanya tersalah langkah dan terpijak atap yang tidak mempunyai alas kayu berdasarkan kesan pecah pada atap berkenaan.

No comments:

Post a Comment