Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

MPSJ saman isu jual hotel

JADI ISU...bangunan Hotel Grand Dorsett.
JADI ISU...bangunan Hotel Grand Dorsett.
BINCANG...Asmawi berbincang dengan Hannah.
BINCANG...Asmawi berbincang dengan Hannah.
SUBANG JAYA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil tindakan undang-undang ke atas Mayland Valiant Sdn Bhd (Mayland Valiant) berhubung isu bangunan Hotel Grand Dorsett Subang yang dijual untuk membangunkan perumahan.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, sebelum ini pihaknya sudah meluluskan projek pembangunan yang membabitkan cadangan tambahan dan pengubahsuaian sebahagian bangunan terbabit, namun pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai penjualan hotel itu kepada individu.

“Kami akan memohon untuk satu deklarasi bahawa Kebenaran Merancang bertarikh 5 Oktober 2010 yang diberikan kepada defendan adalah untuk kegunaan hotel semata-mata.

“Satu injunksi bagi menahan mereka daripada menggunakan atau membenarkan kawasan itu dimajukan sebagai kawasan perumahan turut di pohon,” katanya di sini, semalam.

Asmawi berkata, pihaknya sudah menghantar surat saman kepada Mayland Valiant pada 14 September lalu.

Menurutnya, pengurusan kes itu ditetapkan oleh mahkamah pada 24 September ini sambil memohon pihak terbabit dan orang ramai dapat memberikan kerjasama serta menunggu keputusan mahkamah.


Mengulas perkara sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yoeh berkata, penduduk kawasan itu tidak bersetuju dengan idea pembangunan yang mengubah persekitaran kawasan dan menyebabkan ketidakselesaan.

Beliau berharap supaya mahkamah memberikan keputusan adil bagi menjamin kesejahteraan di kawasan berkenaan di samping dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment