Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Lukisan, jam mewah dicuri




         
SANTA MONICA (California): Seorang pencuri melarikan pelbagai barang mewah dari sebuah rumah ketika pemiliknya bercuti, kata polis semalam.

Kejadian itu disedari apabila pemilik rumah berkenaan kembali daripada percutiannya dan mendapati pelbagai barang berharga dilarikan.


Antara yang dicuri, berpuluh karya seni, termasuk lukisan, lima jam tangan mewah, wain, serta kereta Porsche Carrera.

Polis menganggarkan nilai kerugian lebih RM30 juta.


Pencuri dipercayai memecah masuk ke rumah itu antara jam 3 petang 12 September hingga 8 malam 13 September lalu. - AP

No comments:

Post a Comment