Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

Lima maut letupan bom



 
Sai Buri: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan lebih 40 cedera selepas sebutir bom kereta meletup di sebuah pasar yang penuh sesak di wilayah selatan Thailand yang dilanda pemberontakan, kata pihak berkuasa semalam.

“Sehingga kini lima orang termasuk seorang renjer separa tentera dan empat orang awam terbunuh,” kata seorang pegawai hospital daerah Sai Buri kepada AFP sambil menambah bahawa 14 daripada mereka yang cedera dalam keadaan serius.

Angka kematian
Polis tempatan mengesahkan angka kematian berkenaan dan berkata seramai 37 cedera termasuk 25 daripada mereka orang awam.

Hospital terpaksa berhadapan dengan jumlah cedera yang ramai dengan merujuk kebanyakan mangsa yang cedera parah ke hospital wilayah dan menggesa derma darah segera bagi membantu mangsa yang cedera, kata seorang wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Selepas solat Jumaat

Letupan Bom berkenaan yang berlaku selepas solat Jumaat di wilayah dengan majoriti penduduk beragama Islam berlaku sebaik saja selepas tembakan dilepaskan ke arah kedai di bandar terbabit, di mana seorang jurucakap tentera berkata adalah menyasarkan supaya pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian.
“Militan pertama melepaskan tembakan ke arah sebuah kedai emas dan kedai membaiki motosikal untuk menarik perhatian pihak polis dan keselamatan ke tempat kejadian sebelum mereka meletupkan bom,” kata Kolonel Pramote Prom-in.

Pemberontakan yang menggesa untuk mendapatkan kuasa autonomi melanda selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sejak 2004, meragut lebih 5,300 nyawa penduduk Islam dan Buddha dalam serangan bom dan senjata yang berlaku hampir setiap hari. - AFP

No comments:

Post a Comment