Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Lelaki patah jari lif flat terhempas




         
PETALING JAYA: Seorang juruwang lelaki cedera tangan kanan apabila lif dinaiki terhempas dari tingkat empat dalam kejadian di sebuah flat di Sungai Way, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa mahu dikenali sebagai Remy, 30, patah jari kelingking selepas jatuh terduduk dan terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Katanya, ketika kejadian, dia mahu ke tempat kerja dan menaiki lif itu sendirian apabila tiba-tiba ia bergegar.


“Sebaik memasuki lif dan pintunya tertutup, tiba-tiba lif bergegar. Namun, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana sebelum ini, lif itu tidak pernah bermasalah.

“Lif turun dengan perlahan dan beberapa saat kemudian saya rasa ia meluncur ke bawah dengan sangat laju sebelum terhempas,” katanya.


Remy berkata, sebaik lif terhempas, dia jatuh dalam keadaan duduk dan bersandar pada dinding sebelum terpaksa mengumpil pintu lif yang terbuka separuh untuk keluar.


“Kejadian berlaku dengan pantas dan ketika lif jatuh terhempas tiada sesiapa menyedari kejadian ini menyebabkan saya terpaksa berusaha untuk keluar sendirian.

“Selepas keluar dari lif, saya terus pulang ke rumah kerana berasa sakit pada tangan kanan. Namun, tangan membengkak sehingga berubah biru menyebabkan saya meminta rakan serumah menghantar ke klinik swasta untuk rawatan.


Katanya, pihak klinik berkenaan kemudian merujuk kesnya ke PPUM untuk ujian sinar-X sebelum mendapati jari kelingkingnya patah dan diberi cuti sakit selama 10 hari.

“Ini kali pertama kes lif jatuh terhempas berlaku di flet ini, malah penghuni lain juga terkejut dengan kejadian ini berikutan lif tidak pernah bermasalah.


“Saya juga sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan bangunan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut,” katanya.

No comments:

Post a Comment