Search This Blog

Saturday, September 29, 2012

Lelaki miliki heroin dan pedang bertindak ganas elak polis

KUANTAN — Seorang lelaki yang memiliki heroin dan pedang di dalam kenderaannya bertindak ganas dengan memandu secara melawan arus ketika cuba ditahan polis di Jalan Besar berhadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini petang semalam.
Lelaki berusia 40 tahun itu yang memandu pacuan empat roda bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun turut melanggar tiga buah kenderaan lain dalam aksinya itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt. Yap Thoon Khuan berkata, bagi menghalang tindakannya itu, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai tayar belakang sebelah kanan kenderaannya.
"Dalam kejadian 6 petang itu, suspek akhirnya berjaya ditahan dan pihak polis polis menemui sebilah pedang di tempat duduk belakang kenderaan itu dan tiga tiub straw yang mengandungi serbuk putih dipercayai heroin di lantai kenderaan di bahagian pemandu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Thoon Khuan berkata, lelaki itu kini ditahan reman di Lokap Balai Polis Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta kesalahan trafik. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment