Search This Blog

Tuesday, September 25, 2012

Kemalangan 3 lori, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Ipoh sesak hingga 10km



ROSDALILAH ZAHARI
25 September 2012
[DIKEMAS KINI] IPOH - Kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sejauh 10 kilometer akibat kemalangan membabitkan tiga lori di Kilometer 306 Lebuh Raya Utara- Selatan (hala utara), berhampiran Tapah-Gopeng, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 pagi itu, seorang kelindan lori yang membawa muatan barangan elektrik maut di tempat kejadian manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Syahir Mohd., 24, berasal dari Bukit Katil, Melaka.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa yang parah pula telah dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.47 pagi.

Setakat jam 8.30 pagi tadi, trafik dilaporkan masih sesak.

Syarikat pengendali lebuh raya, PLUS dalam mesej Twitternya menggesa agar orang ramai merancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelak kesesakan.

No comments:

Post a Comment