KOTA BHARU - Seorang guru prasekolah patah tulang pinggul dan cedera di beberapa bahagian badan selepas dirempuh kereta peragut di Pasir Tumboh dekat sini, pagi semalam.
Kejadian mengakibatkan mangsa, Zura Ashikin Mustafa, 48, diseret hampir tiga meter sebelum dilanggar kereta yang dinaiki suspek, yang berjaya melarikan beg tangan mangsa. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Suprintendan Idris Abd Rafar berkata, mangsa kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan susulan.