Search This Blog

Tuesday, September 4, 2012

Fail saman tuntut RM320,000




         
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat penerbitan memfailkan saman terhadap sebuah syarikat pengendali acara permotoran bertujuan menuntut RM320,000 iaitu baki bayaran bagi program televisyen 13 episod, ‘Dr-Moto’ yang ditayangkan RTM melalui TV2 tahun lalu.

Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada 1 Ogos lalu melalui Tetuan Yusri Nasir Aziz & Partners.


Dalam penyataan tuntutan itu, syarikat Exanet (M) Productions Sdn Bhd (plaintif) mendakwa syarikat Ride It Right Management (Malaysia) Sdn Bhd (defendan) enggan dan gagal membuat pembayaran yang dipersetujui mengikut Perjanjian Organiser (Penganjur) Bersama bertarikh 23 Februari 2011 ditandatangani kedua-dua pihak.

Berdasarkan perjanjian itu, plaintif mendakwa defendan setuju membayar plaintif RM600,000 sebagai kos penganjuran bersama bagi rancangan terbabit yang dibayar pada tiga peringkat.

No comments:

Post a Comment