Search This Blog

Wednesday, September 26, 2012

Enam lagi suspek ditahan




         
SUNGAI PETANI: Polis menahan enam lagi lelaki berusia 20 dan 35 tahun bagi membantu siasatan bersabit kejadian serangan ala mafia terhadap rumah di Ladang di Bukit Lembu minggu lalu sehingga menyebabkan seorang wanita berusia 57 tahun mati.

Keenam-enam lelaki terbabit ditahan di sekitar Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, di sini, kelmarin dan direman selama seminggu bermula semalam hingga 1 Oktober depan bagi membantu siasatan polis mengenai kejadian serangan sehingga seorang wanita mati dan tiga yang lain cedera.


Menurut sumber, polis sudah menahan 13 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan polis mengenai kejadian yang berlaku pada 17 September lalu, namun empat daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas disoal siasat.

“Daripada jumlah itu, lima lelaki yang disyaki menjadi suspek utama disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, manakala empat lagi mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu terbabit dalam rusuhan.


“Semalam polis turut mendapat perintah menyambung reman ke atas lapan lelaki selama seminggu lagi selepas reman suspek tamat semalam. Semua lapan suspek iaitu empat lelaki disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala empat lagi disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan direman sehingga 1 Oktober depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment