Search This Blog

Wednesday, September 26, 2012

Dua maut cari sarang burung



Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my
         
KUDAT: Hasrat lima sahabat untuk mencari sarang burung di gua Kampung Batu Sireh Balambangan, dekat sini, berakhir dengan mimpi ngeri apabila seorang daripada mereka lemas manakala seorang lagi hilang akibat ‘ditarik’ ombak.

Sebelum kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Ahad lalu, lima sahabat itu dikatakan berenang memasuki gua sebelum ombak kuat melanda menyebabkan dua daripada mereka gagal menyelamatkan diri.
Mayat Mohd Shah Ismail, 21, ditemui terdampar di pesisir pantai tidak jauh dari tempat kejadian kira-kira empat jam selepas kejadian, manakala Ismail Abdullah, 38, masih belum ditemui.

Pegawai Perhubungan Awam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Awil Kamsari, berkata sebaik menerima laporan, operasi mencari dan menyelamat dua mangsa terbabit digerakkan pada jam 12.34 tengah hari pada hari sama.


Menurutnya, APMM kemudian menemui mayat Mohd Shah dari Kampung Sim Sim Sandakan kira-kira jam 2.30 petang di pesisir pantai Kampung Lok Simpul Pulau Balambangan.

No comments:

Post a Comment