Tentera Amerika Syarikat (AS) yang didakwa kencing ke atas beberapa jenazah Taliban di Afghanistan. |
WASHINGTON - Dua anggota Marin Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke Mahkamah Tentera bagi menghadapi tuduhan membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban di wilayah Helmand, Afghanistan, Julai tahun lalu.
Joseph W Chamblin dan Edward W Deptola turut dituduh membenarkan aksi mereka dirakam bersama mangsa korban, manakala dua lagi anggota dikenakan tindakan disiplin.
Video tersebut tersebar meluas awal tahun ini di internet dengan menyaksikan empat individu memakai seragam tentera AS, membuang air kecil ke atas tiga mayat dan sedar perbuatan mereka sedang dirakam.
Penyebaran video berkenaan turut mencetuskan kemarahan rakyat Afghanistan termasuk presidennya, Hamid Karzai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menjijikkan.
Pegawai penyiasat tentera berkata, Ogos lalu, kesemua mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan ke atas video terbabit.
“Mereka menghadapi hukuman dalam tentera seperti penurunan pangkat, penambahan beban kerja dan tidak boleh terlibat dengan tugasan di luar kem,” katanya. -AP
No comments:
Post a Comment