Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Dua beranak nekad kejar peragut

Dua beranak nekad kejar peragut: "KUALA TERENGGANU 20 Sept. - Berang kerana menjadi mangsa ragut, seorang gadis bersama ibunya nekad mengejar penjenayah lelaki itu dengan motosikal sehingga suspek berjaya ditangkap penduduk tidak jauh dari rumah mereka di Kampung Paya Limau Amas, Batu Enam di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam ketika mangsa, Nursuzilamuni Mohamad, 21, dan ibunya, Rohana Aziz, 39, baru pulang dari kedai dengan menunggang motosikal.

Menurut Nursuzilamuni, tiba-tiba muncul seorang lelaki bermotosikal memakai baju kemeja lengan panjang dan kain pelekat meragut beg tangannya dari belakang.

Kejadian itu katanya, berlaku terlalu pantas dan dia secara spontan terus memecut motosikalnya untuk mengejar suspek kerana marah.

"Masa itu, saya hanya fikirkan beg saya kerana ada macam-macam dokumen di dalamnya termasuk telefon bimbit, wang dan kad pengenalan. Ibu juga suruh saya kejar peragut itu sampai dapat," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment