Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

Didakwa 10 tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR- Bekas pembantu teknik Telekom Malaysia Bhd, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap sepuluh pertuduhan menerima rasuah daripada pengurus operasi sebuah syarikat kontraktor membabitkan lebih RM50,000, dua tahun lalu.

Mohd Ezzwan Mohd Arshad, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dan minta dibicarakan. Dia berdepan tuduhan secara rasuah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM53,370.50 melalui sepuluh transaksi akaun Maybank milik ahli keluarganya daripada Pengurus Operasi Syarikat Q Intell, Norhaizan Hassan.

Wang itu dikreditkan pegawai kewangan syarikat berkenaan, Norhafizan Hassan sebagai upah memberikan kerja-kerja pemasangan talian Internet Streamyx di Johor.

Kesemua kesalahan itu didakwa berlaku antara 20 Mei hingga 9 November 2010 di Maybank Cawangan Desa Pandan, Cheras.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

3 comments:

  1. padan muka dia. memang bongkak dan sombong dan buli lain contractor dan salahguna kuasa!

    patut hukum banyak tahun penjara dan wang saman!

    -------------jadi okt 11 - apa jawapan pulak?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bapak kau sundal, ko tau crita ker

    ReplyDelete