Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

Datuk Seri, anak didakwa

PETALING JAYA: Dua beranak termasuk seorang yang bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas pertuduhan bergaduh sehingga menyebabkan kematian terhadap seorang peniaga minuman, bulan lalu.
Tertuduh, Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya, Ahmad Jiwari, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan, Jaafar yang juga pengasas utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia bersama-sama anaknya itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, dekat sini.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 3.40 pagi hingga pukul 5.30 pagi, 13 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.


Bagaimanapun, peguam bela, Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili mereka memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan berikutan penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya pekerja kilang.

Hayatul Akmal kemudian membenarkan masing-masing tertuduh diikat jamin dengan RM10,000 serta seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh untuk sebutan semula.

No comments:

Post a Comment