Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

Dadah disembunyi dalam perabot dirampas, tiga lelaki ditahan




         
SYDNEY: Polis Australia semalam berkata, tiga lelaki, seorang dari China didakwa selepas menemui lebih 70 kilogram dadah methamphetamine (syabu) bernilai berjuta dolar disembunyi dalam perabot dari Hong Kong.

Pihak berkuasa berkata, berdasarkan daripada risikan yang diterima, mereka memeriksa kontena yang menyenaraikan perabot dalam dokumennya, selepas ia tiba di Sydney dari Hong Kong.
Polis Persekutuan Australia dalam kenyataannya berkata, “Imbasan X-ray dan pemeriksaan fizikal ke atas kontena itu menemukan lebih kurang 70 pakej setiap satu seberat satu kilogram disembunyi di dalam rangka lima buah perabot.”

Polis berkata, harga pasaran dadah itu mencecah Aus$42 juta (RM134.5 juta) dan membawa kepada 14 tan bahan haram yang dirampas sejak tahun lalu.


Seorang lelaki berusia 29 tahun didakwa kerana mengimport syabu pada kuantiti komersial dan dua lagi, seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang warga China, 32 tahun, akan dijatuhkan hukuman kerana cubaan memiliki dadah dalam kuantiti komersial.


Hukuman maksimum untuk setiap kesalahan adalah hukuman penjara seumur hidup dan denda Aus$825,000 (RM2.6 juta). - AFP

No comments:

Post a Comment